Wednesday 3 September 2014

Lawatan Penanda Aras Slideshow Slideshow

Lawatan Penanda Aras Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow Lawatan Penanda Aras Slideshow Slideshow to Ho Chi Minh City. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Saturday 14 June 2014

AKU MENULIS LAGI

Lama dah tak menulis..tak tau kenapa ...malam ni aku rasa nak luahkan sesuatu..bukan apa sekadar menghiburkan hati....
walaupun esok aku periksa ...sakit kepala tadi tetiba hilang dek kata2 orang yang disayang. Mungkin kata2 itu ..aku simpan hingga ke mati " SEBAB TU ..BILA KAU SAKIT ABNG BUAT TAK TAU "
Aku sendiri tersentap mendengarnya...kenapa dia berckap macamtu...degil sangat ke aku..atau apa yang diseuruh aku tak buat....
Semuanya berpunca dengan UBAT. Dia begitu taksub dengan satu produk dari keluaran satu syarikat ni...aku hanya mendengar bila dia menceritakan tentang produk ni...dia memang bergantung sanngat...kesihatan dia memang tak berapa stabil...so...aku hanya menjadi pendengar setia. tunggu pelawa makan sekali takda pun..sebab dia kata kesihatan aku masih ok...aku masih bersabar...dia masuk satu insuran kesihatan...dia kata nanti kau masuk kemudian...aku masih bersabar...
aku tetap memerhatikan kesihatannya yang aku rasa nampak ok sikitlah...tapai takda pelawa untuk makan sekali ubat tu...
SEHINGGALAH peristiwa hari ni berlaku...aku sakit kepala...dan minta anak tolong urutkan...dia pun terus pelawa ubat yang dia makan...aku hanya diam....dan akhirnya itu lah yang ayat ku dengar dan akan ku simpan sampai ke mati.Degil sangat ke aku, teruk sangatke perangaiku...sedangkan yang aku dapat sepanjang dia makan ubat tu hanyalah plastik pembalut ubat tu yang boleh disapu kemuka.Aku hanya layak mendapat plastik...tapi aku diamkan aje...baru malam ni dia pelawa aku makan sambil mengeluarkan kata yang cukup menyakit hati...sampai hati abang...mungkin aku akan sambung lagi..tetapi bukan untuk meluahkan hati, hanya nak buktikan pada suami ...saya yang dulu mungkin akan berubah gara2.....

TUNGGU....... AKU AKAN MENULIS LAGI

Thursday 28 November 2013

Bahasa arab...oh ...bahasa arab

Dah terlambat...rasanyer belum lagi...selagi masih bernyawa...ilmu tetap dicari../
Bahasa arab bukanlah satu yang mudah pada aku...walaupun dan belajar di sek. men...dah tinggal lama...masuk universiti belajar semula....poning kepalo den...
tapi takpa...maklumat dihujung jari....klik je kat sini...moga boleh mambantu
http://nahwusharaf.wordpress.com/ilmu-balaghah-duruusul-balaghoh/ilmu-maani-%D8%B9%D9%84%D9%85-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B9%D8%A7%D9%86%D9%8A/khabar-dan-insya/

Sayang anakku sayang...





Akhirnya dapat juga bergambar dengan upin ipin...walaupun hanya wall saje...budak apelah yang dia tau..yang dia tau..pagi petang siang malam dengan upin dan ipin...cantik wall..kat restoran di Mydin.Ipoh.sambil makan dikelilingi oleh gambar2 yang cantik. aku pun tak ketinggalan juga.....
Tapi sebagai ibu..besarlah harapan kita nak tengok anak kita membesar dalam keadaan yang baik DENGAN KATA LAIN MENJADI ANAK YANG CEMERLANG DUNIA AKHIRAT...AMIN.
Di sini juga saya nak berkongsi ilmu bagaimana mengatasi anak yang nakal http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88
InsyaAllah menjadi rujukan dan peoman buat kita semua

Monday 12 December 2011

Pendidikan Islam Tahun 1


Tajuk :- BERISTINJAK


Walaupun tajuk ini adalah pengenalan bagi murid Tahun 1 tetapi ia juga bemanfaat pada semua golongan;
Untuk mengetahui lebih lanjut , sila ke slideshare yang telah disediakan.

Saturday 12 November 2011

RUKUN IMAN ( TAHUN 1 )


Dari segi bahasa :- Iman bermaksud percaya, yakin dan membenarkan.


Dari segi syarak :- Kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW adlah benar dan datangnya daripada Allah SWT.

Rukun Iman 6 perkara:-


1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Malaikat
3. Percaya kepada Kitab-kitab
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya kepada Qadak dan Qadar


Friday 28 October 2011

Keluarga tersayang

4 tahun...satu jangka masa yang panjang untuk menamatkan pembelajaran ini ( PJJ ). Namun keluargalah yang menjadi penguat semangat untuk terus berjuang... anak umi...Danish, Danial, Dhia, Dinie dan Durra...kejayaan umi, kejayaan kita semua...amin